Adaptasi cerita Your Name

Buku

Namamu... ialah sebuah novel Jepun yang digubah oleh Makoto Shinkai. Ia merupakan penovelan filem animasi yang sama diarahkan oleh Shinkai. Ia diterbitkan di Jepun oleh Kadokawa pada 18 Jun 2016, sebulan sebelum tayangan perdana filem tersebut.[15] Pada bulan September 2016, novel tersebut telah dijual sebanyak 1,029,000 naskhah.[16] Sebuah buku panduan visual rasmi juga dikeluarkan. Novel ini terlaris sebanyak 1.3 juta naskhah, dan jumlah kedua-duanya mencecah sebanyak 2.5 juta naskhah.[17]

Novel ini didapati dalam beberapa versi terjemahan serata Nusantara:

Filem aksi-nyata

Pada 27 September 2017, J.J. Abrams, seorang penerbit filem, dan Eric Heisserer, penulis skrip lakon layar, umumkan bahawa mereka sedang membuat bikinan semula aksi-nyata untuk filem ini yang akan dilancarkan oleh Paramount Pictures dan Bad Robot Productions, disamping penerbit asal filem, Toho, yang akan uruskan pengedaran filem tersebut di Jepun.[19][20][21][22][23][24] Filem itu ditulis oleh Eric Heisserer, yang menyatakan bahawa pemegang hak milik dari Jepun mahukan filem tersebut dibuat dengan sudut pandangan orang barat.[25] Pada Februari 2019, Marc Webb telah tandatangan kontrak untuk mengarah pembikian semula filem. Filem tersebut akan berkisarkan seorang perempuan peribumi Amerika yang tinggal di kawasan luar bandar dan juga seorang lelaki yang tinggal di Chicago yang dapati mereka berdua asyik bertukar jasad.

Rujukan

WikiPedia: Your Name http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-05-11/ma... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-09-21/ma... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-11-14/yo... http://www.antaranews.com/berita/600033/kimi-no-na... http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/jj-ab... http://www.imdb.com/title/tt5311514/ http://www.indiewire.com/2017/09/your-name-remake-... http://www.kiminona.com/ http://www.metacritic.com/film/titles/your-name